Khamis, Julai 02, 2009

Kursus Cendawan di Cendawan Puchong







Jangan lepaskan peluang menjadi salah seorang bakal usahawan cendawan dengan menghadiri kursus cendawan anjuran Cendawan Puchong. Teknik dan tip serta rahsia penjagaan cendawan yang diajarkan secara live, tiada camera trick dan super impose, hehe.

..

Hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut dan juga urusan pendaftaran.

Rabu, Jun 24, 2009

Majlis Penyerahan Bangsal kepada peserta projek

10 June, Puchong - Berlakunya satu perasmian penyerahan bangsal cendawan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang disempurnakan oleh Tuan Hj, Yaakob Sapari (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) kepada para peserta projek.
..
Mereka yang terpilih bagi fasa satu ini adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah yang mana pendapatan isi rumah di bawah RM1,500.
....
Seronok dapat duduk dan berborak dengan Tuan Hj. Yaakob kerana misi dan visinya yang cukup jelas nak membantu masyarakat di Puchong ini. Apapun ada la dua tiga saranan dan arahan yang ditujukan khas buat saya sebab dah confirm jadi mentor ni. Nak tahu apa dia cakap " Awak kena ikhlas tolong orang dan jangan nak untung saja".
..
Aduh!!!! cukup berat rasanya amanat itu. Kena tolong orang dan kena ikhlas tu yang penting....
....
Insya ALLAH Tuan Haji, akan saya pegang amanat itu!!!!.
So, meh tengok gambo......

ZULKIFLI ARIFF
..
..
019 - 207 1743



Selasa, Jun 23, 2009

Kursus Cendawan anjuran Cendawan Puchong







Pihak Cendawan Global berbesar hati mewar-warkan kursus cendawan anjuran Cendawan Puchong yang akan diadakan pada tarikh yang tertera. Sehingga hari ini, masih banyak lagi pertanyaan daripada orang ramai mengenai kaedah terbaik dan juga potensi daripada bisnes cendawan.
..
Oleh itu, jangan lepaskan peluang menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh pengusaha cendawan yang berpengalaman dan telah berjaya. Banyak tip dan teknik akan dikongsi dan juga cara bagaimana untuk mempastikan projek yang diusahakan boleh berkembang dan berjaya kelak.
..
Pelaburan anda adalah sebanyak RM200 dan silah hubungi pihak urusetia untuk urusan pendaftaran dan maklumat lanjut.

Selasa, Jun 16, 2009

Malaysian mushroom farm in Ethiopia

Local firm DXN to invest RM90m in African nation
..
Wednesday, May 27th, 2009 06:34:00
..
ADDIS ABABA: Malaysian listed firm DXN Holdings Bhd is planning to set up a mushroom farm in Ethiopia.The initial investment outlay is 285 million Ethiopian birr (RM89.5 million) for the first of its kind mushroom production facility in the African nation.
..
The farm will grow various types of mushrooms and produce packed food and other products for the domestic and export markets.
..
The company plans to develop and cultivate a 60ha mushroom farm around Lake Shala, where it will also set up the mushroom production facility.
..
DXN group's Datuk Dr Lim Siow Jin is currently holding talks with officials of the Oromia Investment Commission to lease a plot of land in Shala District, West Arsi Zone, according to Mohammed Ibrahim, the vicecommissioner.
..
"The company has secured a right to use recourses for mushroom farming in Lake Shala," Mohammed said.
..
"The Oromia regional government will also provide the company a 53ha land it requested for setting up a manufacturing plant on lease basis after evaluating the company's proposal."
..
Presently, the company is undertaking a soil survey and sampling at the site it is planning to set up the establishment.
..
Lake Shala and its surrounding is ideal for mushroom cultivation and farming, a rare investment venture practiced in the country despite the availability of rich resources to do so, according to experts.
..
The market for mushrooms has continued to grow worldwide due to interest in their culinary, nutritional, and health benefits, according to reports.
..
DXN group is a multi-level marketing firm known for its Ganoderma business. Its product lines include dietarysupplements, food and beverages, personal care products, household products and water treatment system. - Malay mail

Isnin, Jun 15, 2009

Apa itu cendawan

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan mengandungi protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalsium dan Posforus.
..
Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricusbisporus), iaitu cendawan yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping.
..
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.
..
Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.
..
..
Cendawan
..
  • Sejenis fungi
  • Didefinisikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan
  • Tumbuh dalam pelbagai habitat bergantung kepada jenis spesis
  • Makrofungus yang mempunyai bahagian badan yang berbuah samada berada diatas tanah (epigeous) ataupun di bawah tanah (hypogeous)
  • Saiznya besar, boleh dilihat dengan mata dan dipetik menggunakan tangan
  • Cendawan terdiri daripada miselium, cawan, batang, cincin, lamela, topi danspora
  • Kebiasaannya cendawan berbentuk payung yang mana mempunyai batang dantopi seperti lentitula edodes
  • Bentuk cincin: Agaricus Bisporus
  • Bentuk cawan: Volvariella Volvacea
  • Boleh ditanam menggunakan sisa-sisa pertanian seperti habuk kayu getah, jeramipadi, hampas kapas, batang jagung, atau sabut kelapa sawit
  • Cendawan juga mempunyai kesan penyembuhan yang boleh digunakan dalam bidang perubatan..Contoh: Gonoderma Lucidam
..
Khasiat Cendawan
..
• Mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak
• Rendah kalori dan serat yang tinggi
• Zat-zat galian yang penting untuk kesihatan
• Kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau
• Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes dan obesiti kerana ia rendah lemak

Kursus Cendawan - RM200

VCD Teknik Cendawan - RM50

Global Kit

One Drop Perfumes

Senarai Blog Saya

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
 

Copyright © 2009 by Cendawan Global